Jemputlah..

Selamat Datang, Orang Pelawat ke blog Cikgu Sherry!

Tuesday 25 October 2011

Contoh REFLEKSI MIKROPENGAJARAN

Salam 1Malaysia...Entri Cikgu Sherry hari ini tentang cara penulisan refleksi bagi mikropengajaran. Penulisan refleksi sudah menjadi rutin harian para guru selepas sahaja tamat sesi P&P. Terdapat perbezaan antara IMPAK dan REFLEKSI. Impak ialah bilangan murid yang boleh menguasai kemahiran yang cikgu ajar. Sebagai contoh 20/30 orang murid kelas 2M dapat membaca dengan sebutan yang betul dan jelas. Manakala refleksi pula ialah lebih menjurus ke arah keberkesanan kemahiran,kaedah,teknik yang digunakan sepanjang P&P.

Berikut saya lampirkan contoh penulisan refleksi mikropengajaran; 

KEKUATAN


Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
      Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

           

KELEMAHAN


Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

       Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.


LANGKAH MENGATASI

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
    Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

Sumber:https://myguru2.upsi.edu.my/

Tuesday 18 October 2011

Cara Menghantar TUGASAN semester 2 (UPSI PPG:PJJ )


Salam 1Malaysia...hari ini entri Cikgu Sherry ialah tentang cara-cara menghantar tugasan kepada pensyarah. Di sini saya ingin kongsikan untuk anda semua. Sila lihat pada perkataan yang saya bulatkan dengan warna merah. Ramai yang mengeluh sukar...tetapi sekiranya anda membuat dalam keadaan yang tenang serta perlahan-lahan, insyaAllah anda pasti boleh macam saya. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Yoang Hui Kuan kerana memberi tutorial ringkas kepada saya dan rakan-rakan di sekolah tentang cara untuk menghantar tugasan ini.Kepada anda di luar sana...Selamat mencuba!

Langkah 1: 'Klik Gmail'

Langkah 2: Masukkan 'username' dan 'password' pastikan anda menggunakan e-mel siswa

Langkah 3: Klik 'Document'

Langkah 4: Klik 'upload'

Langkah 5: Klik 'File'

Langkah 6: Pilih 'File' tugasan yang hendak dihantar

Langkah 7: 'Tick' dalam kotak sama ada hendak hantar tugasan dalam bentuk 'word' atau 'PDF'

Langkah 8: Klik pada tugasan yang telah di 'upload'

Langkah 9 : Klik butang 'share'

Langkah 10: Klik 'change'

Langkah 11: Klik 'Anyone with the link' kemudian klik 'Save'

Langkah 12 : 'Copy link to share'
Langkah 13: Klik kotak kecil dan 'PASTE' link tugasan tersebut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah mengenai e-mel siswa anda atau apa sahaja anda boleh menggunakan cara di bawah untuk aduan kepada pihak UPSI;




Sekiranya entri ini dapat membantu anda, tinggalkan sepatah dua kata pada kotak 'comment' di bawah. Yang baik datangnya daripada yang MAHA ESA. Yang kurang datangnya daripada saya sendiri. Selamat mencuba semoga berjaya! Terima kasih...

















Saturday 15 October 2011

Penggunaan SMARTBOARD dalam P&P

Smartboard dengan maksud lain ialah papan pintar atau papan putih interaktif elektronik. Smartboard ialah sebuah peranti persembahan yang bersemuka dengan sebuah komputer. Imej komputer dipaparkan ke atas papan oleh projektor yang boleh ditonton dan dimanipulasi. Pengguna boleh mengawal kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan.


 Sumber: Youtube


Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbagai negara ditanya tentang apa yang mereka harapkan ada di sekolah mereka berdasarkan keutamaan, hampir 70 peratus menyatakan interactive whiteboard atau papan putih interaktif (IWB). Mereka diminta memilih antara akses jalur lebar, `connectivity’, komputer peribadi (desktop dan notebook) dan beberapa item pembelajaran berasaskan teknologi maklumat (IT). Respon ini menunjukkan bahawa peserta-peserta ini melihat kegunaan besar papan putih di dalam kelas di sekolah-sekolah negara mereka.

Direkodkan hampir 600,000 papan putih interaktif dijual di seluruh dunia menghasilkan jualan mencecah US $1 billion dalam tahun 2008. Dianggarkan setiap satu daripada enam kelas di dunia akan mempunyai papan putih interaktif menjelang 2012.

Dikatakan juga dalam tahun 2004, hanya 26 peratus sekolah rendah di British mempunyai papan putih interaktif. Namun dalam tempoh tiga tahun, menurut bancian British Educational Communications and Technology Agency (Becta) 2007, 98 peratus daripada sekolah rendah dan 100 peratus sekolah rendah British telah mempunyai papan putih interaktif.

Bagi golongan yang sinikal terhadap teknologi, papan putih interaktif hanyalah sekadar satu lagi perkakasan dalam pendidikan. Bagaimanapun bagi ramai pihak di seminar para menteri tersebut, ia bukan sekadar perkakasan IT, tetapi apabila digandingkan dengan perisian interaktif yang baik dan mesra pengguna, connectivity, akses jalur lebar yang berkesan serta latihan kepada guru, ia berupaya untuk mengubahkan pendekatan, mood dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.

Dengan perisian,`features’ dan aplikasi yang disertakan dengan papan putih interaktif ini, guru-guru boleh membangunkan bahan-bahan P&P dengan begitu mudah dan boleh menambah baikkannya dari semasa ke semasa. Dengan jumlah pengguna (user base) yang tinggi di seluruh dunia, mereka juga boleh berkongsi bahan P&P dan memuat turunkannya dari capaian web tertentu. Ini banyak menjimatkan masa mereka untuk menyediakan bahan P&P.

Pendekatan dengan murid di dalam kelas juga menjadi berbeza. Murid turut dilatih menggunakannya untuk belajar dan membentangkan tugasan. Semua ini akhirnya menjadikan persekitaran P&P dalam kelas amat interaktif dan tidak membosankan walaupun di sekolah tertentu di UK, waktu kelas boleh mencecah sehingga 160 minit!

Justeru tidak menghairankan jika ramai guru di United Kingdom (UK), Australia dan Canada dan begitu teruja menggunakannya di dalam kelas sehinggakan mereka tidak lagi boleh mengajar dengan baik tanpa papan putih interaktif. Lawatan saya ke beberapa buah sekolah di Australia dan UK menunjukkan guru bagi semua subjek amat bergantung pada `features’ yang ditawarkan oleh papan putih interaktif ini.

Di Malaysia, saya difahamkan papan putih interaktif telah diperkenalkan seawal tahun 2002 di Maktab Tentera Di Raja Malaysia (MTD). Mungkin hari ini, MTD adalah satu-satunya sekolah kerajaan di Malaysia yang mempunyai papan putih interaktif di dalam setiap kelas. Ini menjadikan pelaksanaannya efektif kerana guru dan pelajar tidak diberi sebarang pilihan, melainkan terpaksa membudayakan diri menggunakan papan putih interaktif dalam P&P.

Papan putih interaktif telah diperkenalkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2004. Bagaimanapun strategi pelaksanaannya di Malaysia yang agak bercelaru menimbulkan banyak persoalan.

Di peringkat awal, pada tahun 2005, iaitu sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) diumumkan, sejumlah sekolah yang baik telah diberikan papan putih interaktif agar ia dapat digunakan secara rintis. Pada tahun 2006, lebih banyak lagi jenama dan perisian papan putih interaktif ini dirintis. Lebih banyak sekolah lagi dilibatkan.

Peliknya, sebelum program rintis ini sempurna, difahamkan KPM telah membeli sejumlah apparatus papan putih interaktif untuk sejumlah sekolah luar bandar. Ada yang beranggapan pembelian ini tidak dibuat atas penilaian yang strategik dan tanpa strategi yang betul, pembelian satu atau dua unit untuk sebuah sekolah tidak mungkin berupaya mengubah budaya serta pendekatan P&P guru di dalam sekolah tersebut.

Lebih menghairankan, pembelian papan putih interaktif untuk sekolah-sekolah ini dibuat pada ketika 88 buah Sekolah Bestari masih belum dilengkapkan dengan sebarang papan putih interaktif, melainkan kelas yang terlibat dengan projek rintis sahaja.

Apa pun, dari maklum balas yang diterima, ramai guru di sekolah yang terlibat dalam projek rintis, termasuk yang dipinjamkan papan putih interaktif semasa Persidangan Sekolah Bestari Antarabangsa 2007 berminat untuk menggunakannya secara berterusan kerana mereka telah melihat manfaatnya di dalam kelas.

Saya dimaklumkan sekolah-sekolah di UK telah diperkenalkan dengan papan putih ini seawal tahun 1996 lagi. Malangnya di negara kita, walaupun ada usaha untuk melengkapkan sejumlah sekolah yang bersedia dengan papan putih interaktif dan dikhabarkan terdapat RM 10 juta diperuntukkan dalam RMKe-9 untuk tujuan ini, namun selepas lima tahun ia diperkenalkan di Malaysia, pelaksanaannya di sekolah-sekolah yang telah bersedia dari segi IT, terutama sekolah-sekolah yang bertaraf bestari, masih tidak dapat direalisasikan.

Kelewatan penjawat awam dalam bahagian tertentu di KPM berresponsif dengan perubahan adalah punca Malaysia ketinggalan dalam usaha mentransformasi P&P di dalam kelas dan sistem pendidikan berbanding negara-negara lain di dunia. 

      Bagaimana dengan sekolah anda? Sudahkah dilengkapi dengan perisian sebegini canggih? Sekolah Cikgu Sherry belum lagi mendapat kelengkapan SMARTBOARD. Pada pendapat anda wajarkah setiap sekolah dibekalkan dengan SMARTBOARD dan apakah kebaikannya kepada guru dan murid? Tinggalkan komen anda di bawah. Terima kasih.

(Sumber dari : http://tunfaisal.blogspot.com/2009/06/papan-putih-interaktif-kita-masih.html  versi yang disunting "Papan Putih Interaktif meransang transformasi P&P" disiarkan dalam Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia, Rabu, 24 Jun 2009.)

Friday 14 October 2011

Contoh Analisis SWOT Bahasa Melayu


Salam 1 Malaysia...entri Cikgu Sherry hari ini ialah mengenai contoh SWOT yang saya buat untuk subjek BM di sekolah saya. Selaku ketua panitia, saya bertanggungjawab menyediakan semua ini untuk pembentangan di peringkat sekolah dan PPD Hilir Perak. Jadi saya kongsikan entri ini untuk anda sebagai panduan dalam menyiapkan tugasan KRT3013 Tugasan 1B: Esei (20%). Terima kasih.




 






Wednesday 12 October 2011

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam P&P

Salam 1 Malaysia... Hari ini entri Cikgu Sherry mengenai teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P. Bahan-bahan yang saya paparkan di bawah dibangunkan oleh Cikgu Md Ramli Bin Sabran. Beliau merupakan JU Bahasa Melayu Negeri Perak dan JU TMK Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya mendapat bahan ini semasa saya menghadiri kursus Pedagogi Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Beliau. Beliau juga merupakan Cikgu Bahasa Melayu ketika saya bersekolah rendah dahulu. Saya amat mengagumi beliau. Ilmu yang beliau sampaikan kepada saya saya kongsikan kepada anda semua. 























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...