Fikirkan tentang masa depan
sebagai satu pintu ajaib
terbuka ke alam baru penuh harapan
pelajari daripada peristiwa silam,
tetapi jangan biarkan ia menentukan masa depanmu.
Lupakan segala silap dan salahmu.
Bersyukurlah kerana kau hidup di dunia
yang penuh dengan peluang
kau perlu optimis
hargailah dirimu kerana Tuhan telah anugerahkan
bakat dan kebolehan begitu unik untukmu,
dan jangan kau takut untuk menggunakannya.
Jadikan dirimu sebaik mungkin
carilah nasihat pintalah pertolongan,
tapi ingatlah selalu bahawa kata akhirnya ada padamu.
Buatlah keputusan sendiri
carilah mimpimu sendiri
cekalkan hati, jangan kau kecewa jika tak berjaya
kau lakukanlah sebaik mungkin agar dunia ini
jadi sebaik tempat untuk hidupmu.
Sedarlah bahawa hidup ini tak sentiasa senang
Lautan mana yang tak bergelombang
tapi dengan masa yang ada dan tenaga penuh tekun bekerja
akan menjadikan kau apa saja yang kau ingini
Paling utama, bergembiralah!
Masa depan menantimu
masa yang sunguh istimewa
JIka kita dilanjutkan usia...
OH! Cherithera Chentha Classic
No comments:
Post a Comment